Piagam Pelanggan
Perkhidmatan
Jabatan Urusan Haji bersedia memberikan perkhidmatannya kepada orang ramai yang berhasrat
untuk menunaikan Fardhu Haji dan ibadat Umrah yang meliputi urusan-urusan berikut:-
- Pengurusan pendaftaran
- Memberikan kursus dan bimbingan Haji danUmrah.
- Pemeriksaan kesihatan.
- Memproses passport dan visa.
- Penerbangan ulang alik dan lain-lain.
Maklumat Semasa
Jabatan ini akan sentiasa memberi maklumat semasa mengenai perkara-perkara yang berhubungkait
dengan urusan haji atau umrah melalui siaran media massa disamping menghubungi terus
kepada bakal-bakal jemaah samada melalui surat atau telefon.
Bantuan
Jabatan ini bersedia membantu dan akan melayani orang ramai dalam sebarang pertanyaan/masalah
yang berhubung dengan urusan haji/umrah samada secara bertulis atau melalui telefon
yang ditujukan kepada alamat seperti berikut:-
Jabatan Urusan Haji
Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama,
Jalan Stoney dan,
Bangunan Baitul Mal,
Jalan Kota Batu,
Negara Brunei Darussalam.
Tel: 242565
Kursus dan bimbingan Haji.
- Menyediakan "Borang Penempatan Kursus Haji" dan
diedarkan bersama borang pendaftaran haji untuk memilih pusat-pusat kursus yang dikehendaki.
Borang akan diisikan dan dikembalikan semasa pendaftaran haji dilakukan.
- Pemberitahuan jadual dan tarikh-tarikh kursus dibuat, selain
daripada makluman surat, makluman melalui media massa (radio dan televisyen) bagi
memudahkan bakal-bakal jemaah haji mengetahui tarikh-tarikh kurusus dijalankan.
Passport danVisa
- Mengedarkan borang passport dan visa beserta borang pendaftaran
untuk diisikan dan dikembalikan semasa melakukan pendaftaran haji.
- Penyerahan passport akan dibuat setelah ditandantangani
dalam masa 4 atau 5 hari sebelum pelayaran beserta dokumen-dokumen yang lain.
Maklumat
Maklumat semasa akan disiarkan melalui media massa (radio dan televisyen) dalam tempoh
seminggu atau lebih awal sebelum satu-satu perkara berlaku seperti maklumat berhubung
pendaftaran, kursus, passport, kesihatan, pelayaran dan lain-lain dan akan disiarkan
berulang-ulang dalam tempoh-tempoh yang tertentu.