
 |

-
Peranan
- Menjalankan keputusan (dasar) yang telah dibuat oleh jemaah
Penasihat Haji setelah mendapat perkenan dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan
Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
- Menjalankan keputusan Jawatankuasa Menimbang Permohonan-Permohonan
Tambang Menunaikan Fardhu Haji setelah mendapat perkenan dari Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
- Menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk memproses permohonan
naik haji dan kebajikan jemaah haji.
- Memberikan kursus-kursus [halaqah] ibadat Haji dan Umrah
supaya jamaah haji dapat menunaikan ibadat berkenaan dengan sempurna menurut hukum
syara'. Disamping itu mengadakan bengkel dan muzakarah dengan memberikan kursus kepada
Pengkursus-pengkursus ibadat Haji dan Umrah.
- Memberi penjelasan hukum dan mengumpul masalah-masalah
hukum yang timbul di tanah suci untuk faedah kepada para pengkursus-pengkursus.
|