
 |


Bahagian Paspot Haji dan Visa
- Mengadakan hubungan dengan Jabatan Imigresen,
Pendaftaran Kebangsaan dan Pendaftaran Taraf Kebangsaan Kementerian
Hal Ehwal Dalam Negeri mengenai urusan-urusan passport haji.
- Bertanggungjawab terhadap pengendalian
pemprosesan urusan-urusan passport haji sehingga selesai penulisan dan
penyemakannya.
- Menyerahkan passport haji yang telah
ditandatangani dari Jabatan Imigresen, Pendaftaran Kebangsaan dan
PendaftaranTaraf Kebangsaan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan
memastikan semua passport haji telah dilakukan dan ditandatangani.
- Menerima dan menyemak passport haji dari TAIB
setelah bakal-bakal jemaah haji membuat pembayaran tambang dan draft.
- Menyerahkan passport haji ke bahagian
Pendaftaran dan Penerbangan.
- Bertanggungjawab terhadap penyediaan
gelang-gelang tangan jemaah haji dalam perkara berikut:
- Berusaha mencari pembekal-pembekal untuk
membekalkan gelang tangan jemaah haji.
- Mengadakan perundingan dengan pembekal
yang berjaya dalam menyelaraskan penerimaan dan pembahagian gelang
tangan jemaah haji.
- Membuat makluman kepada bakal-bakal jemaah
haji bagi pembuatan gelang tangan.
- Menyerahkan gelang-gelang tangan yang siap
kepada bahagian pendaftaran dan penerbangan/pegawai petugas haji.
|