Bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang
berhubung dengan pemeriksaan kesihatan bagi bakal-bakal jemaah haji
seperti berikut:
Mengadakan perundingan dengan pihak Jabatan
Perubatan dan Kesihatan Negara Brunei Darussalam bagi menentukan
tarikh, masa dan tempat pemeriksaan di setiap Daerah.
Menyediakan borang-borang pemeriksaan seluruh
negara.
Menerima dan mengesahkan sijil kesihatan
jemaah haji serta menyediakan buku peribadi dan buku kesihatan dan
lain-lain yang berhubung dengannya.