Bahagian Kursus dan Bimbingan

  • Bertanggungjawab bagi urusan-urusan pengendalian kursus-kursus dan menentukan pusat-pusat kursus Haji/Umrah seluruh negara.

  • Menentukan dan mengadakan perundingan dengan Nazir-Nazir Daerah/Guru-Guru Besar/Pengetua-Pengetua Sekolah yang terpilih mengenai rancangan kursus ibadat haji.

  • Meneliti dan membuat anggaran/statistik berhubung keramaian tenaga pengajar (pengkursus) setiap sekolah/maktab.

  • Mengadakan perjumpaan bersama Pegawai-Pegawai Masjid, Nazir-Nazir, Guru-Guru Besar/Pengetua bagi memaklumkan persiapan dan keperluan kursus.

  • Membuat beberapa persiapan bagi mengadakan Bengkel dan Muzakarah:
  1. Peringkat Daerah
  2. Peringkat Negara.
  • Menyediakan dan mempastikan adanya peralatan-peralatan amali haji dapat digunakan semasa latihan amali ibadat haji di Masjid-masjid.

  • Mengadakan lawatan ke pusat-pusat kursus ibadat haji disamping menerima pandangan dan cadangan dari guru-guru pengawas dan lain-lain pihak.

  • Menyediakan sijil-sijil penghargaan kepada tenaga-tenaga pengkursus haji.

  • Membuat laporan lengkap mengenai perjalanan kursus.

  • Memproses tuntutan elaun bagi pengkursus-pengkursus.

  • Bertanggungjawab terhadap pemprosesan surat-surat permohonan pengesahan muhrim.

  • Bertanggungjawab mengawal buku perpustakaan dan bilik pameran haji.

|| Misi | Matlamat | Peranan | Struktur Organisasi | Fungsi | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||